kali ni coretan aku sal tips nk hadapi pembentangan...
bulan lepas aku da pun wat presentation final project aq..
Alhamdulilah da lepas, lega laa siket kan..
walopun soalan yg diajukan oleh panel,
wat kan terkelu lidah menjawab tpi jawab gak laa dari diam kan
salah ke betol ke, yg penting confident mesti kena aderrr....
Ok kat sini aku nak laa kongsi kat korang semua tips2 nak hadapi presentation,
aku pon praktis tips ni, aku dpat dari internet gak, cari2 kan tok prepare..
tanpe aku wat karangan lbih menjela, baik aku straight 2 d point..
ni laa antara tips2 nye :
SELAMAT MENCUBE =)
Tumpukan Pandangan Ke Arah Objek, Orang @ Tempat Yg kita Rasa Selesa
Tumpukan pandangan kpd tempat @ objek yang kite rase selesa utk mengelak drpd berasa gugup
semasa melakukan pembentangan. Tapi bukan bermakna kite kena pandang objek/tempat
tersebut sepanjang masa tau, nanti silap2 kena tegur dgn panel pula.
Kenapa kita perlu pandang tempat/objek yang kita selesa? Ini adalah untuk
mengurangkan tekanan kepada kita. Cuba fikir, kalau kita pandang panel @ penilai sepanjang masa mesti terasa tekanan bukan? Jadi, alihkan pandangan
seketika ke tempat lain utk mengurangkan tekanan tersebut. Pandang kawan2 kita ke, pandang kerusi yg kosong ke & kalau boleh anggap xdek sape yg pandang ke arah kita, kita cam halimunan ke =)
Elakkan dari memikirkan terlampau banyak mengenai penilaian
Selalunya kan, semasa
kita wat pembentangan mesti asyik fikir mengenai penilaian panel tersebut,
@ kata lebih mudahnya apa yang dia fikir mengenai kita. Jadi,
kalau boleh kurangkan atau hilangkan terus dari pemikiran kita ni mengenai perkara
tersebut. Sebenarnya, kita tak perlu terlalu tertumpu pada penilaian,
sebaliknya kepada isi dan perkara yang ingin kita sampaikan tersebut. Jadi,
bila kita dah fokus kepada isi pembentangan kita, insyaAllah segalanya akan
berjalan dengan lancar.
Selalunya bila fikir
terlampau banyak mengenai penilaian panel akan menyebabkan kita terlepas
isi-isi penting yang ingin kita sampaikan & ape yg kita nk cakapkan nanti tibe2 jee hilangkan, x ok laa camtu kan..
Bergerak-gerak ke tempat
lain untuk mengurangkan tekanan
Haaaaa, yang ini sangat2 bagus utk diamalkan. Aku dah pun mengamalkan tips ini. Istilah bergerak
tu bukanlah bermaksud kita perlu untuk melakonkan aksi tau, tapi sekadar
bergerak ke kiri atau ke kanan sedikit. kita juga boleh bergerak menghampiri
rakan-rakan ataupun panel, jika mahu laa, Ok, lebih mudah kalau kita bergerak ke arah skrin dan menunjuk ke arah isi kita yang terpampang di atas
skrin itu. Sekadar untuk melegakan fikiran anda ye.. Jika kita lebih kreatif, kita juga boleh membuat gambaran mengenai isi kita menggunakan isyarat tangan, jadi tangan pun x laa kaku jee kan.. lagipun dgn kita bergerak, x laa kita berdiri cam patung jee kan.. Bagi aku, dgn aku bergerak, nervous yg ade jdi kurang tau, rasa cam ngah mengajar pun ada..
p/s : GEMENTAR TU HANYA PERASAAN JEE, PERASAAN BOLEH DIKAWAL...!!!TARIK NAFAS PANJANG2 PASTU LEPAS PERLAHAN2, INSYALLAH KITE TENANG, YG PENTING INGAT ALLAH YEE..
No comments:
Post a Comment